Friday, April 29, 2011

Ikan Bakar Malim

Perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah memang memenatkan,apatah lagi perjalan sambil mencari tempat pelajar-pelajar bertapa di musim LI ni.Sudah separuh dilalui bandaraya ini,sibuk dengan trafik dan orang ramai.Hari semakin tinggi dan perut meminta habuan untuk diisi.
Apa yang istemewa di Melaka ni terutama makanannya?? kami singgah di Restoran Ikan Bakar Malim.Dah nama ikan bakar  tentunya menu istimewanya adalah Ikan Bakar,.

Berbagai jenis ikan bakar yang disediakan ,dari ikan kembong,terubuk,cencaru,pari ada disini kecuali ikan bilis dia orang goreng.Pelanggan boleh memilih ikan yang sedang dibakar diatas kuali pembakar yang beralas dengan daun pisang.Yang hebatnya adalah kuah pencecah tak disediakan.Dia orang bagi ikan bakar banjir  kuah cecah .Memang enak dan berperisa .Selain dari itu lain-lain lauk tetap ada di sediakan terutama lauk asam pedas melaka yang istemewa.Harga tidak menghampakan 3 orang makan sekadar mencecah RM47.00 ,bergantong kepada lauk dan jenis ikan...Kira ok lah tue.
Kepada mereka yang ke Melaka jangan lupa singgah disini..Adios..

oleh krew jejak selera

Saturday, April 16, 2011

Jadual pengambilan IP

BIL               PERKARA                                                                                       TARIKH
1                IKLAN TAWARAN                                                                           3-Apr-11
2               PERMOHONAN DI BUKA                                                3 April 2011 -  17 April 2011
3              SEMAKAN PEMOHON YANG  BERJAYA KE 
               TEMUDUGA/PEPERIKSAAN    BESERTA DENGAN 
               PUSAT TEMUDUGA DAN TARIKH TEMUDUGA                     1 Mei 2011 - 7 Mei 2011
4          SEMAKAN PEMOHON YANG BERJAYA KE IPSM DAN 
            PENGESAHAN SETUJU TERIMA                                               5 Jun 2011 - 12 Jun 2011
5          PENDAFTARAN CALON KE INSTITUT PERTANIAN                  27-Ju

Sekali Imbas Institut Pertanian

Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia 
(IPSM)


Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah diSabah dan sebuah lagi di Sarawak.
Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.
Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :


  1. Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957
  2. Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967
  3. Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971
  4. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973
  5. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor yang telah dibina pada tahun 1974.Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  6. Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  7. Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah

Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.

Objektif



  1. Melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  2. Menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat

  1. Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  2. Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  3. Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
*sumber Jabatan Pertanian

Inilah sekali imbas mengenai Institut Pertanian pada yang masih lagi dalam kekaburan.Ada sesiapa yang nak tambah ...kalau ada yang tertinggal..

Nasi kandar LAWOOD


Dalam perjalanan menemui dan mengenalpasti tempat-tempat latihan industri dikawasan Labu dan Nilai,perjalanan yang meletihkan kerana pencarian tempat yang adakalanya jauh dari laluan biasa,perut  bagaikan tahu masa untuk berbunyi mmebrikan isyarat untuk diisi.Lantas semasa berputar-putar mencari tempat makan yang agak selesa,Tuan pengetua telah memberikan cadangan untuk ke sebuah restoran  yang terletak Taman Chempaka ,Nilai,Negeri Sembilan.Pencarian restoran tersebut tidak begitu susah kepada sesiapa yang telah biasa ke Bandar Nilai.cai saja Taman Cempaka dan anda akan menemui restoran ini.
kami tidak menyangka bahawa Restoran  ini yang agak jauh kebelakang mempunyai ramai peminat dan pengunjungnya.2 pintu kedai tidak mencukupi untuk menampung pelanggan yang ada,ditambh lagi dengan khemah diluar kedai.pergh  meriah sungguh.Dikhabarkan pengunjung sejauh KLIA ,Banting ,Seremban kerap berkunjung kesini.

Inilah menu Istimewa Disini..
sekadar nasi putih,
Ayam goreng(penuh/setengah)
sayur Tuage campur goreng
semangkuk kuah kari khas nasi kandar.
memamng terangkat makan goreng ayam panas-panas ni.
Harganya memamng berpatutan:

RM5.00/seorang bagi ayam setengah
RM7.00 /seorang untuk ayam penuh
memang berbaloi-baloi.
cuma kalau datang time lunch hour ,anda kena beratur panjang..ramai beb..tak caya?


masih belum peak time lagi..

Lawood nasi kandar

Okey kepada semua selamat menjamu selera..apakata kalau anda ada tempat menarik untuk dikongsikan..sila  untuk kita rakamkan ,mungkini ini akan menjadi panduan untuk rakan-rakan kita mengunjunginya.

Friday, April 15, 2011

Arnab@Kelinci

Arnab merupakan ternakan biasa yang diternak sebagai hobo atau pets.Namun di IPS Arnab lebih dikenali dengan nama Kelinci.Anda cari sendiri dari mana datangnya kelinci tu.. Jejak Ilmu pada post ini akan menceritakan mengenai program lawatan yang dibuat oleh staff IPS yang diketuai oleh En Hisyamudin Ahmad ke Ladang ternakan Arnab di Rabbit Farm ,Broga,Semenyih yang dipunyai oleh En David...Pergh seorang cukup sederhana dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu ,cukup mudah,cukup sempoi ladang yang dusahakan seluas 30 ekar ini dengan bilangan Arnabnya mencecah 30,000 ekor..anda berani???

Inilah wajah En.David seorang usahawan gigih.konsepladangnya sungguh menarik .Dengan mengambil pendekatan Agrotourism.Pada setiap hujung minggu memang ramai yang berkunjung ke Rabbit Farm ini.Bayaran masuk cuma RM5.00 sahaja.Disini anda boleh melihat ternakan lain yang dipelihara seperti Kambing,Lembu,Rusa,Angsa dan lain-lain ternakan yang dipelihara secara semulajadi.
lain-lain gambar yang berkaitan
Apakata jangan anda lepaskan peluang nie untuk berkunjung sambil belajar bersama keluarga disana..cara nak pergi>>dari pekan semenyih melalui jalan seremban ambil simpang ke Broga dan 6km dari simpang tersebut adan akan menemui universiti Nottingham dan terus ke Rabbit Farm yang terletak berhadapan dengan Laluan Pendakian Bukit Broga<

Salam Dari Pengetua

Tahniah kepada pengendali blog Institut Pertanian Serdang.Kita bergerak selangkah lagi kehadapan dengan harapan sistem penyampaian kita akan lebih berkesan.Blog adalah merupakan satu media baru yang amat popular sekarang.kerana melalui blog banyak pekara yang boleh dikongsikan bersama terutamanya maklumat terkini dan juga pekara baru dengan dengan lebih cepat dan mudah.
Intitut Pertanian adalah merupakan sebuah gelanggang untuk kita menyediakan pelajar-pelajar dalam bidang pertanian yang hebat,cemerlang dan juga praktikal.Kemahiran kita untuk memberikan bimbingan dan pengetahuan adalah merupakan core bisnes kita semua.Harapan saya agar semua warga IPS mengambil kesempatan untuk sama aktif dan melayari sumber maklumat dari medium seperti ini.
Tahniah sekali lagi dan selamat berblog.
"jangan malu-malu,jangan segan-segan"


En.Daud bin Otheman
Pengetua
Institut Pertanian Serdang

Tuesday, April 12, 2011

Dari Meja IPS


Salam sejahtera kepada semua ..
Institut Pertanian Serdang akan berada dialam Siber dalam bentuk blog untuk menerbitkan apa jua maklumat terkini kepada semua peminat blog yang berkaitan .Banyak yang ingin diperkatakan mengenai IPS ini.Banyak yang ingin diungkapkan dan banyak yang ingin diceritakan ,tidak mencukupi sekadar di facebook ,di myspace dan lain-lain medium.
IPS telah cukup matang sebagai salah satu cabang pendidikan di Jabatan Pertanian.Telah diperkenalkan sejak bernama Sekolah Pertanian Malaya lagi.Telah ramai graduan-graduan sijil pertanian yang dihasilkan,telah ramai juruteknik pertanian,pembantu pertanian,penolong pegawai pertanian dan pegawai pertanian sekali pu pernah dilahirkan disini.Ini belum dikira yang telah menceburi dan menjadi usahawan,jutawan dan karyawan.Tetapi kemanakah mereka semua??
Diharapkan dengan adanya blog ini akan dapat kami menungkai kemabali situasi terkini di Institut pertanian ini untuk semua.Moga dengan sokongan dari semua pihak blog ini akan terus bertahan selagi mampu di kemaskini .
Salam Hormat dari saya
Masri Mansor