Saturday, April 16, 2011

Nasi kandar LAWOOD


Dalam perjalanan menemui dan mengenalpasti tempat-tempat latihan industri dikawasan Labu dan Nilai,perjalanan yang meletihkan kerana pencarian tempat yang adakalanya jauh dari laluan biasa,perut  bagaikan tahu masa untuk berbunyi mmebrikan isyarat untuk diisi.Lantas semasa berputar-putar mencari tempat makan yang agak selesa,Tuan pengetua telah memberikan cadangan untuk ke sebuah restoran  yang terletak Taman Chempaka ,Nilai,Negeri Sembilan.Pencarian restoran tersebut tidak begitu susah kepada sesiapa yang telah biasa ke Bandar Nilai.cai saja Taman Cempaka dan anda akan menemui restoran ini.
kami tidak menyangka bahawa Restoran  ini yang agak jauh kebelakang mempunyai ramai peminat dan pengunjungnya.2 pintu kedai tidak mencukupi untuk menampung pelanggan yang ada,ditambh lagi dengan khemah diluar kedai.pergh  meriah sungguh.Dikhabarkan pengunjung sejauh KLIA ,Banting ,Seremban kerap berkunjung kesini.

Inilah menu Istimewa Disini..
sekadar nasi putih,
Ayam goreng(penuh/setengah)
sayur Tuage campur goreng
semangkuk kuah kari khas nasi kandar.
memamng terangkat makan goreng ayam panas-panas ni.
Harganya memamng berpatutan:

RM5.00/seorang bagi ayam setengah
RM7.00 /seorang untuk ayam penuh
memang berbaloi-baloi.
cuma kalau datang time lunch hour ,anda kena beratur panjang..ramai beb..tak caya?


masih belum peak time lagi..

Lawood nasi kandar

Okey kepada semua selamat menjamu selera..apakata kalau anda ada tempat menarik untuk dikongsikan..sila  untuk kita rakamkan ,mungkini ini akan menjadi panduan untuk rakan-rakan kita mengunjunginya.

No comments:

Post a Comment