Sunday, October 23, 2011

Lawatan Ybhg Dato' KSU MOA ke IPS

dari kiri : Pengarah PSM En.Baharom,Tim KPP, Dato Sabtu,Dato KSU,
,
Perarakan oleh Pasukan Kompang Hidayah ,IPS

peserta kursus siswazah

menunjukkan sesuatu di Kedai  Koperasi

Dikedai Koperasi

Pemandangan Di Kandang Ternakan kambing

Ternakan Kambing

Menamakan Surau

menandatangani Plak Nama Surau Al Hidayah

Mengaminkan bacaan doa

menjamu selera di Dewan makan bersama penuntut

Durian terbaik dari ladang IPS

ucapan KSU

Dikedai Koperasi

Cenderamata dari Kelab Gubahan

bergambar kenangan

bermesra bersama penuntut IPS

Friday, October 21, 2011

Dari Meja Pengetua..(terbaru)


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia  dan kepada semua warga Institut Pertanian Serdang...
Institut Pertanian Serdang kembali memacu kehadapan sentiasa  mengejar impian untuk menjadi juara dalam bidang pendidikan pertanian terkini.Kami  akan terus berpegang kepada teras perkhidmatan yang ditentukan untuk memberikan yang terbaik kepada semua penuntut disini.
Untuk itu kita kini telah berupaya untuk mengangkat nama IPS dan juga Jabatan Pertanian seperti berikut :

Anugerah

IPS Telah memenangi  Anugerah dalam Kategori Landskap Terbaik Bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk tahun 2011 sempena dengan hari Alam Sekitar  Sedunia peringkat MPSJ.sekalung tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja IPS kerana ini adalah kemenangan anda semua.
dalam pertandingan ini beberapa perkara telah diambil kira dan diberikan penilaian termasuk lanskap kawasan ,kebersihan ,pengurusan sisa kumbahan dan juga pengurusan sisa pepejal.Panel penilai terdiri dari 
Pegawai dan kakitangan MPSJ  telah membuat penilaian di IPS dan berpuashati dengan usaha-usaha yang dilakukan.Syabas!!!


Lawatan Kerja
21 oktober 2011

Dato' Mohd Hashim Abdullah
Untuk pertama kalinya  Ybhg. Dato' Mohd Hashim b. Abdullah ,Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan berada  di Institut Pertanian Serdang ,sempena dengan Program Lawatan Kerja dan Majlis Penutup Kursus Latihan Berpakej Siswazah anjuran NATC.Diharapkan Lawatan kerja ini akan memberikan impak yang besar kepada semua warga IPS dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan . Kepada beliau seluruh warga IPS mengalu-alukan kehadiran beliau dan mengucapkan Selamat Datang ke                   Institut Pertanian Serdang.



Penubuhan Koperasi adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pendapat dan menggalakkan perniagaan sebagai salah satu bidang untuk berjaya.Kewujudan Koperasi ini akan memberikan peluang kepada semua ahli nya yang terdiri dari pekerja dan juga penuntut untuk mempelajari perniagaan disamping memberikan keuntungan kepada ahlinya.

Kedai Koperasi


 Untuk itu salah satu aktiviti Koperasi IPS Sel Bhd ialah membuka  kedai koperasi untuk kemudahan anggotanya. Dengan adanya kedai koperasi, aktivtiti ekonomi dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi.Ianya juga memberikan menafaat dan kemudahan kepada penuntut untuk berbelanja membeli barangan keperluan harian mereka.Medan selera juga telah diwujudkan bagi memudahkan anggota dan juga pelanggan untuk mendapatkan kemudahan menjamu selera. Pelbagai menu idaman selera disediakan  di waktu siang hari yang dikendalikan sendiri oleh Kakitangan Koperasi. Pada sebelah malam pula, gerai -gerai jualan yang  di kendalikan oleh pelajar dari kelab masing-masing.  Kelab e-dagang yang menjual keropok lekor, Kelab Kembara menyediakan makanan panas iaitu Char Keow Tew dan Kelab Sajian menyajikan makanan segera iaitu burger.
















ASTRO vs UNIFI wifi





Koperasi juga menydiakan kemudahan ASTRO yang ditempatkan di perpustakaan dan juga perkhidmatan Talian Tanpa Wayar ‘Wireless’ UNIFI dengan kelajuan 5 mbps. Kemudahan ini disediakan untuk kegunaan anggota samada pelajar dan juga kakitangan IPS amnya. Diharap dengan adanya kemudahan seumpama ini, pelbagai manfaat dapat dkongsikan bersama.
Ayuh jangan tunggu lagi kita ke IPS untuk berFB dan berBlog'pastikan anda sentiasa melayari Facebook IPSkini dan juga IPSerdang .Blogspot untuk maklumat terkini dan berkongsi cerita..Add segera!!!


Kursus , Latihan dan Seminar


 Pengetua IPS yang juga selaku merangkap Penaung Koperasi  telah berbincang dengan pihak Konsultansi iaitu Grow Management untuk menganjurkan Kursus Peningkatan Ekonomi Dalam Bidang Keusahawanan Untuk Belia.

Ucapan terima kasih juga kepada NATC kerana memberikan kepercayaan kepada Koperasi IPS untuk menyediakan kemudahan dan mengurus penginapan dan kemudahan tempat bagi Kursus Latihan Berpakej Siswazah yang dianjur oleh NATC pada 18-21Okt 2011. Diharap kursus-kursus sebegini dapat diteruskan lagi dan koperasi bersedia untuk turut serta dalam menyediakan dan menguruskan kemudahan yang diperlukan.

 Koperasi ini juga telah berbincang dengan pihak ANGKASA bagi menganjurkan kursus-kursus teknikal dan pertanian.  Koperasi ini bersedia untuk mengurus penginapan, bilik latihan, tenaga pengajar dan pelbagai lagi yang diperlukan bagi menganjur kursus tersebut.


IPS ...macam-macam ada!!!!
Akhir kata marilah kita bersama berganding bahu menggalas usaha dan menabur keringat dengan satu matlamat untuk menjadikan institut Pertanian Serdang ini sebagai salah satu Institusi yang disegani dan di cemburui dalam bidang pertanian .Tanpa usaha kita tidak kemana-mana,tanpa daya kita takkan berjaya.
Kita bangga kerana ditakdirkan berada disini

Thursday, October 20, 2011

Selamat datang Y.Bhg. Dato' Ketua Setiausaha ,Kementerian Pertanian(MOA)


Esok 21 Oktober 2011 jam 3.00 petang adalah merupakan hari bertuah kepada semua warga IPS,kerana pada tarikh tersebut kita semua akan menyambut kehadiran Y.Bhg Dato Mohd Hashim bin Abdullah,Ketua Setiausaha  Kementerian Pertanian Malaysia.
Kedatangan YBHG adalah bersempena dengan majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada 40 orang peserta kursus latihan siswazah berpakej yang telah pun berlangsung sejak dari 18 hingga ke 21 oktober 2011.kami warga IPS amat berbangga dan berbesar hati diatas kesudian hadir Dato' ke IPS.
Sempena dengan program tersebut semua warga IPS telah pun bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menyambut dan mengalu-alukan kehadiran beliau.Dijangkakan majlis penyampaian sijil kursus akan berlangsung pada jam 3.00 petang dan selepas dari majlis tersebut Ybhg Dato' bersedia untuk melakukan lawatan dan tinjauan kerja disekitar IPS ini.
Moga dengan kehadiran YBHG dato' akan memberikan dan menaikan semangat kami untuk terus memberikan khidmat terbaik kami disini.
kepada YBhg Dato' diucapkan SELAMAT DATANG KE INSTITUT PERTANIAN SERDANG.

Institut Pertanian Serdang Hari ini...

Lama blog ini tidak dijengah dan diperbaharui isi kandungan nya...maaf kepada semua warga IPS dan juga kepada penguasanya iaitu En.daud Otheman yang begitu prihatin mengenai status blog IPS ini.apa yang diharapkan selepas daripada ini segalanya akan berubah sepertimana IPS yang berubah dan bergerak laju kehadapan.
Banyak peristiwa peristiwa penting yang tak dapat dan tak sempat untuk diketengahkan...banyak kemajuan dan perubahan yang berlaku..dari mulai hari ini kami akan kembali memberikan info kepada anda semua..
anggaplah blog ini sebelumnya dalam reconstruction...kami kembali kealam amaya untuk anda semua..
Terima kasih..dan tunggu posting terbaru kami disini