Tuesday, April 12, 2011

Dari Meja IPS


Salam sejahtera kepada semua ..
Institut Pertanian Serdang akan berada dialam Siber dalam bentuk blog untuk menerbitkan apa jua maklumat terkini kepada semua peminat blog yang berkaitan .Banyak yang ingin diperkatakan mengenai IPS ini.Banyak yang ingin diungkapkan dan banyak yang ingin diceritakan ,tidak mencukupi sekadar di facebook ,di myspace dan lain-lain medium.
IPS telah cukup matang sebagai salah satu cabang pendidikan di Jabatan Pertanian.Telah diperkenalkan sejak bernama Sekolah Pertanian Malaya lagi.Telah ramai graduan-graduan sijil pertanian yang dihasilkan,telah ramai juruteknik pertanian,pembantu pertanian,penolong pegawai pertanian dan pegawai pertanian sekali pu pernah dilahirkan disini.Ini belum dikira yang telah menceburi dan menjadi usahawan,jutawan dan karyawan.Tetapi kemanakah mereka semua??
Diharapkan dengan adanya blog ini akan dapat kami menungkai kemabali situasi terkini di Institut pertanian ini untuk semua.Moga dengan sokongan dari semua pihak blog ini akan terus bertahan selagi mampu di kemaskini .
Salam Hormat dari saya
Masri Mansor

1 comment:

  1. Saya adalah bekas penuntut ips dan kini sy telah berkhidmat didalam jabatan pertanian negeri johor.

    ReplyDelete