Saturday, April 16, 2011

Sekali Imbas Institut Pertanian

Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia 
(IPSM)


Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah diSabah dan sebuah lagi di Sarawak.
Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.
Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :


  1. Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957
  2. Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967
  3. Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971
  4. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973
  5. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor yang telah dibina pada tahun 1974.Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  6. Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  7. Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah

Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.

Objektif



  1. Melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  2. Menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat

  1. Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  2. Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  3. Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
*sumber Jabatan Pertanian

Inilah sekali imbas mengenai Institut Pertanian pada yang masih lagi dalam kekaburan.Ada sesiapa yang nak tambah ...kalau ada yang tertinggal..

No comments:

Post a Comment