Friday, April 15, 2011

Arnab@Kelinci

Arnab merupakan ternakan biasa yang diternak sebagai hobo atau pets.Namun di IPS Arnab lebih dikenali dengan nama Kelinci.Anda cari sendiri dari mana datangnya kelinci tu.. Jejak Ilmu pada post ini akan menceritakan mengenai program lawatan yang dibuat oleh staff IPS yang diketuai oleh En Hisyamudin Ahmad ke Ladang ternakan Arnab di Rabbit Farm ,Broga,Semenyih yang dipunyai oleh En David...Pergh seorang cukup sederhana dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu ,cukup mudah,cukup sempoi ladang yang dusahakan seluas 30 ekar ini dengan bilangan Arnabnya mencecah 30,000 ekor..anda berani???

Inilah wajah En.David seorang usahawan gigih.konsepladangnya sungguh menarik .Dengan mengambil pendekatan Agrotourism.Pada setiap hujung minggu memang ramai yang berkunjung ke Rabbit Farm ini.Bayaran masuk cuma RM5.00 sahaja.Disini anda boleh melihat ternakan lain yang dipelihara seperti Kambing,Lembu,Rusa,Angsa dan lain-lain ternakan yang dipelihara secara semulajadi.
lain-lain gambar yang berkaitan
Apakata jangan anda lepaskan peluang nie untuk berkunjung sambil belajar bersama keluarga disana..cara nak pergi>>dari pekan semenyih melalui jalan seremban ambil simpang ke Broga dan 6km dari simpang tersebut adan akan menemui universiti Nottingham dan terus ke Rabbit Farm yang terletak berhadapan dengan Laluan Pendakian Bukit Broga<

No comments:

Post a Comment