Thursday, October 20, 2011

Selamat datang Y.Bhg. Dato' Ketua Setiausaha ,Kementerian Pertanian(MOA)


Esok 21 Oktober 2011 jam 3.00 petang adalah merupakan hari bertuah kepada semua warga IPS,kerana pada tarikh tersebut kita semua akan menyambut kehadiran Y.Bhg Dato Mohd Hashim bin Abdullah,Ketua Setiausaha  Kementerian Pertanian Malaysia.
Kedatangan YBHG adalah bersempena dengan majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada 40 orang peserta kursus latihan siswazah berpakej yang telah pun berlangsung sejak dari 18 hingga ke 21 oktober 2011.kami warga IPS amat berbangga dan berbesar hati diatas kesudian hadir Dato' ke IPS.
Sempena dengan program tersebut semua warga IPS telah pun bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menyambut dan mengalu-alukan kehadiran beliau.Dijangkakan majlis penyampaian sijil kursus akan berlangsung pada jam 3.00 petang dan selepas dari majlis tersebut Ybhg Dato' bersedia untuk melakukan lawatan dan tinjauan kerja disekitar IPS ini.
Moga dengan kehadiran YBHG dato' akan memberikan dan menaikan semangat kami untuk terus memberikan khidmat terbaik kami disini.
kepada YBhg Dato' diucapkan SELAMAT DATANG KE INSTITUT PERTANIAN SERDANG.

No comments:

Post a Comment