Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia dan kepada semua warga Institut Pertanian Serdang...
Institut Pertanian Serdang kembali memacu kehadapan sentiasa mengejar impian untuk menjadi juara dalam bidang pendidikan pertanian terkini.Kami akan terus berpegang kepada teras perkhidmatan yang ditentukan untuk memberikan yang terbaik kepada semua penuntut disini.
Untuk itu kita kini telah berupaya untuk mengangkat nama IPS dan juga Jabatan Pertanian seperti berikut :
Anugerah


Pegawai dan kakitangan MPSJ telah membuat penilaian di IPS dan berpuashati dengan usaha-usaha yang dilakukan.Syabas!!!
Lawatan Kerja
21 oktober 2011
![]() |
Dato' Mohd Hashim Abdullah |
Penubuhan Koperasi adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pendapat dan menggalakkan perniagaan sebagai salah satu bidang untuk berjaya.Kewujudan Koperasi ini akan memberikan peluang kepada semua ahli nya yang terdiri dari pekerja dan juga penuntut untuk mempelajari perniagaan disamping memberikan keuntungan kepada ahlinya.
Kedai Koperasi


Koperasi juga menydiakan kemudahan
ASTRO yang ditempatkan di perpustakaan dan juga perkhidmatan Talian Tanpa Wayar
‘Wireless’ UNIFI dengan kelajuan 5 mbps. Kemudahan ini disediakan untuk
kegunaan anggota samada pelajar dan juga kakitangan IPS amnya. Diharap dengan
adanya kemudahan seumpama ini, pelbagai manfaat dapat dkongsikan bersama.
Ayuh jangan tunggu lagi kita ke IPS untuk berFB dan berBlog'pastikan anda sentiasa melayari Facebook IPSkini dan juga IPSerdang .Blogspot untuk maklumat terkini dan berkongsi cerita..Add segera!!!
Ucapan terima kasih juga kepada NATC kerana
memberikan kepercayaan kepada Koperasi IPS untuk menyediakan kemudahan dan
mengurus penginapan dan kemudahan tempat bagi Kursus Latihan Berpakej Siswazah
yang dianjur oleh NATC pada 18-21Okt 2011. Diharap kursus-kursus sebegini dapat
diteruskan lagi dan koperasi bersedia untuk turut serta dalam menyediakan dan
menguruskan kemudahan yang diperlukan.
Koperasi ini juga telah berbincang dengan
pihak ANGKASA bagi menganjurkan kursus-kursus teknikal dan pertanian. Koperasi ini bersedia untuk mengurus
penginapan, bilik latihan, tenaga pengajar dan pelbagai lagi yang diperlukan
bagi menganjur kursus tersebut.
IPS ...macam-macam ada!!!!
Akhir kata marilah kita bersama berganding bahu menggalas usaha dan menabur keringat dengan satu matlamat untuk menjadikan institut Pertanian Serdang ini sebagai salah satu Institusi yang disegani dan di cemburui dalam bidang pertanian .Tanpa usaha kita tidak kemana-mana,tanpa daya kita takkan berjaya.
Kita bangga kerana ditakdirkan berada disini
No comments:
Post a Comment